Thursday, 29 May 2014

Apa beza lelaki & perempuan?

sumber :www. draisyahafiz.com

Alhamdulillah pada hari Sabtu minggu lalu , saya telah berpeluang untuk hadir ke sebuah ceramah "Bijak Gender" oleh Pak Utih di sekolah anak-anak. 

Saya pernah dengar nama Pak Utih ini, tapi ini baru kali pertama saya bertemu dengan orangnya. Pak Utih atau nama sebenarnya Ahmad Shafiai Uda Jaafar adalah penulis buku terkenal, yang juga merupakan hos Pak Utih's Page di Facebook, merupakan pakar rujuk di Forum Mahligai Suami Isteri dan Perbezaan Belajar Anak Lelaki dan Wanita.


Saya sebagai seorang doktor amat berminat dengan pengisian yang ingin disampaikan , kerana ia disandarkan bukan hanya kepada  Al-Quran dan hadith, tetapi juga mempunyai rujukan dari sudut pandang ilmu perubatan yang sahih. Memang kami ada mempelajari perbezaan gender atau jantina lelaki dan wanita di dalam Behavioural Science dan Psychology semasa di universiti, tetapi tidaklah secara mendalam yang membolehkan saya aplikasikan dalam mendidik dua anak perempuan dan seorang anak lelaki kami. 

 (Semua slides adalah ihsan dari Pak Utih sendiri. Semoga Allah merahmati beliau dan keluarga beliau, amin)






Jika ruh itu lelaki & bayi itu membawa kromosom XY, maka testosterone level akan naik & jasad mula berubah menjadi lelaki.

Antara perubahannya adalah otak lelaki adalah 10% lebih besar daripada perempuan. Ini bukan bererti mereka lebih bijak, ruang lebih besar bererti aliran darah lebih perlahan. Maka memang sifat semulajadi lelaki itu slow motion , contoh anak lelaki susah sedikit hendak bangun pagi  (memang sahlah anak lelaki saya Umar memang begitu) 



Anak lelaki sifatnya apabila bangun pagi, hanya boleh berfikir satu perkara pada satu masa, manakala anak perempuan auto-pilot terus berfikir untuk mandi, solat, bersiap ke sekolah dan sebagainya. Penting juga menurut Pak Utih, amat "pantang" jika anak lelaki dimarahi pada waktu pagi, kerana ia akan mengganggu proses pembelajaran anak itu di sekolah nanti, kecuali jika ada tempat untuk anak itu melepaskan kecamukan dalam fikirannya, seperti "punching bag".

2) Sifat-sifat anak lelaki yang perlu kita tahu, kerana cara mendidik mereka adalah tidak sama dengan anak perempuan, antaranya adalah sifat mereka "hak aku, hak aku, hak orang pun hak aku" (possessive) . Anak lelaki (dan lelaki secara general) sukakan penyokong dan penonton , maka jika mereka bergaduh, sokong dulu idea beliau (sambungkan emosi dengan emosi), kemudian baru kita beritahu logik. Contoh yang Pak Utih berikan adalah anak lelaki yang berebut basikal dengan anak tetamu yang datang bertandang ke rumah kita. Anak kita defensive kerana sayang basikal beliau, maka kita sokong dahulu perbuatannya, baru kita pujuk dengan cara memberitahu kawannya hanya ingin meminjam, bukan ingin mengambil terus.





3) Disebabkan oleh tingginya paras hormon testostern dalam diri kanak-kanak lelaki, otak kanak-kanak lelaki pada usia 2 tahun, hanya otak kanan yg matang, jadi secara semulajadi mereka belum pandai bercakap tetapi visuospatial sangat baik, contohnya mereka suka melihat tayar kereta mainan bergerak & mengagak kelajuan kereta itu. 



Kanak-kanak perempuan sudah matang kedua-dua bahagian otak pada usia 2 tahun, dan oleh kerana itu mereka cepat bercakap dan fasih berkomunikasi. Di katakan bahawa kematangan seorang kanak- kanak lelaki berusia 6 tahun adalah sama dengan kematangan kanak-kanak perempuan 4 tahun ! Subhanallah...


4) Boys dilahirkan dgn sifat "born to kill" jadi mereka memang suka mengawal, berlawan, nak jadi hero & superhero. Jadi kita sebagai ibu bapa, layankan sahaja jika anak nak pakai baju Spider-Man tu! Bak kata Pak Utih, kita "membelai" kejantanan dalam diri anak itu. Tak salah juga diaplikasikan untuk suami-suami kita, dengan memanggil mereka "hero", contohnya, "Eh, Abang dah balik? Dah sampai dah hero Sayang ni".

Girls pula suka melawa (perasan lawa) & suka dipuji. Oleh sebab itu mereka suka melaram & main anak patung cantik-cantik. Mereka juga sangat suka kalau anak patung mereka turut diiktiraf apatah lagi jika dipuji. 



5) Semasa anak lelaki berusia 7-14 tahun, amat penting untuk anak-anak lelaki ini menjadikan ayahnya sebagai idola, dan banyak berdampingan dengan si ayah berbanding dengan ibunya, bagi membentuk keperibadiannya. Pak Utih menyebut bagaimana Nabi Muhammad sendiri tidak membesar dengan ibunya, Nabi Musa dibesarkan oleh Firaun dan Nabi Yusuf pula tinggal bersama Al-Aziz. Ketika ini juga penting untuk si ayah menjinakkan hati anak lelaki ini ke masjid. 


6) Girls can adapt to any lighting situation, boys will shutdown their mind when it's dark. Sebab tu lelaki digalakkan bersolat secara berjemaah di masjid, manakala wanita paling afdhal solat di rumah, dan boleh bertahajjud di dalam gelap dan sebagainya. 


Friday, 25 April 2014

5 Perkara Kenapa Badan Kita Perlukan Suplemen

  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.
  • Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam.
  • Rutin pemakanan yang tidak seimbang.
  • Gangguan penyerapan nutrien dari makanan akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.

Oleh yang demikian, hari ini saya ingin kongsikan beberapa suplemen istimewa yang dapat mengoptimumkan kesihatan kita.

Supplemen Istimewa Untuk Kesihatan Optimum


Set ini terdiri daripada Vita-Lea, Vitamin C dan juga B-complex.






Di sini saya kongsikan manfaat setiap produk ini.

Vitamin C


Manfaat produk ini adalah:

  1. Membentuk kolagen - Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembut.
  2. Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  3. Peningkatan sistem imun - Membina sel darah merahyang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menetang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung, kulit dan asthma. Selain itu, vitamin c juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selsema.
  4. Memerangi kanser - Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk  melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  5. Mencantikkan kulit - Antara kesan pengambilan vitamin c setiap hari ialah kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmentasi.
  6. Memperbaiki imsomnia - Ia dapat memperbaiki imsomnia, stress dan masalah berkaitan mental seperti keresahan.
  7. Mengekalkan kolestrol sihat - Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis dan menghalang pendarahan dalaman.


B-complex   





Manfaat produk ini adalah:

  1. Menukar makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, kabohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan.
  2. Melawan tekanan -  Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan imsomnia.
  3. Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  4. Rambut beruban dan gugur - Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  5. Baik untuk mata - Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperkasakan memori serta fokus.
  6. Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam tubuh, merawat dan mencegah anemia, merawat sakit kepala, pening, keletihan, migrain dan muntah-muntah.
  7. Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut, meredakan kerisauan dan masalah penghadaman.
  8. Mencegah perlcche - mencegah kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah dan nafas berbau.
  9. Detoksifikasi - meredakan alahan.


Vita-Lea



Manfaat produk ini adalah:

  1. Penambah tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun pekerjaan harian.
  2. Pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya pengamal vegetarian.
  3. Keupayaan sistem produktif - penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  4. Metabolisma - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  5. Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiriod.
  6. Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.


Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Nora : 0184682527
                                                 
                                             FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
FP: https://www.facebook.com/pages/JOM-JADI-SIHAT/214241285432743
Emel:norapenang@gmail.com
http://produkjomsihat.blogspot.com/


Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

Tuesday, 22 April 2014

Alfalfa Shaklee, Superfood yang Kalahkan Kacip Fatimah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimana keadaan iman kita hari ini, semoga iman kita senantiasa bertambah dari hari ke hari.


Sempena promosi alfalfa pada bulan Januari 2014, saya ingin berkongsi cerita tentang alfalfa. Sejarah, khasiat, perbezaan alfalfa Shaklee dengan yang lain, dan betul ke alfalfa Shaklee kalahkan kacip fatimah.





SEJARAH AWAL ALFALFA 

Kisah alfalfa bermula lebih 5000 tahun dahulu di Middle East (Timur Tengah), apabila komuniti Arab memberikan alfalfa kepada kuda mereka sebagai makanan. Apa yang dapat mereka perhatikan, kuda yang diberi alfalfa, lebih tangkas dan cergas. Akhirnya, bangsa Arab telah mencuba sendiri alfalfa dan mendapati kesannya sangat menakjubkan!

Mula dikenali dengan ‘al-fash fash’ dengan makna ‘bapa segala tumbuhan’ di Timur Tengah, ia kemudiannya diperkenalkan ke seluruh dunia sebagai sumber nutrien yang hebat. Di Sepanyol, namanya diolah menjadi ‘alfalfa’ yang kekal hingga hari ini.







Alfalfa dikenali dengan fungsinya yang sangat banyak, dan juga kerana semua bahagian pokoknya boleh dimakan, dari akar hingga ke pucuk. 


Selain dari digunakan sejak ribuan tahun, alfalfa digunakan dalam perubatan Tradisional Cina, Eropah, homeopati, malah juga dalam kajian perubatan moden.

Dalam penyelidikan “Journal of Nutrition” tahun 1984 oleh para ahli saintis di University of California, Alfalfa disimpulkan  dapat menggantikan insulin untuk penghidap kencing manis.

Ia mengandungi 25% protein mengikut berat, mengandungi lysin, iaitu asid amino yang memainkan peranan penting dalam penyerapan kalsium, membina serat otot, menghasilkan hormon, enzim dan antibodi, dan membaiki tisu yang rosak, seperti yang dipetik daripada "Biochemistry of Human Nutrition". 

Daun alfalfa sangat kaya dengan mineral, termasuk kalsium, magnesium,potasium, zat besi dan zink. Alfalfa juga sumber yang baik bagi beta-karoten, vitamin D, E, K dan B kompleks, selain sumber terbaik klorofil. SUMBER 



ALFALFA SHAKLEE

Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di Califormia yang bebas dari pestisid, herbasid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia. dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. 





Medicago sativa mempunyai gred paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar. Akarnya boleh mencapai sehingga 6 meter ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. 


Daun alfalfa dari SHAKLEE hanya dituai apabila  telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan SHAKLEE yang sangat ketat dan teliti. 





KHASIAT SUPERFOOD, ALFALFA



 Mencuci hati, darah & usus
Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan , membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. Penting untuk proses detoks.

  Melawan alahan 
Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan

  Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser, gastrik, hepatitis dan sembelit




  Menyingkirkan lemak dan kolesterol 
Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok & darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol. Bagus untuk yang ingin menguruskan badan. 

Alfalfa dipercayai mempunyai bahan untuk menurunkan kolesterol dengan kehadiran isoflavone, sterol dan saponin glikosid, walaupun kajian tentang perkara ini belum kukuh, seperti yang di petik dari "Medical Herbalism". Alfalfa disandarkan sebagai tidak toksik, walaupun dalam dos yang tinggi. 

  Melegakan keletihan & meningkatkan stamina
Alfalfa membantu melegakan keletihan dan meningkatkan stamina. Para isteri yang inginkan suami mereka lebih cergas, penat seharian bekerja, bolehlah menghadiahkan alfalfa kepada suami.

Alfalfa mengandungi pelbagai nutrient yang diperlukan untuk penghasilan tenaga dan memanjangkan aktiviti fizikal. Antaranya, vitamin B kompleks, 8 asid amino perlu dan kandungan klorofil tertinggi bagi tumbuhan, menurut "Advanced Nutrition : Macronutrients, micronutrients and metabolism."  Vitamin B kompleks, terutamanya B6 dan B12, sangat diperlukan semasa metabolisme sel dan penghasilan tenaga. Asid amino diperlukan untuk membina protein dan boleh diubah kepada tenaga. Klorofil menjana penghasilan sel darah merah, yang akan mengangkut oksigen  ke tisu.

Alfalfa didapati berasimilasi dengan baik bersama dengan vitamin berasaskan tumbuhan, maka, mengambil suplemen alfalfa bersama buah dan sayur menjadikan kesan booster pada badan seperti yang dipetik daripada " contemporary nutrition". Alfalfa juga dikatakan boleh membangkitkan selera makan.




 Membantu mencegah gout & athritis
Mencegah sakit athritis dan melegakan kesakitan.  

Gout merupakan satu bentuk arthritis - radang pada sendi - yang menyebabkan kesakitan yang bersangatan  secara tiba-tiba, kemerahan, panas dan bengkak pada sendi. Biasanya terjadi pada satu sendi pada satu satu masa walaupun kemungkinan terjadi pada beberapa  sendi sekaligus.

Menurut "The New Healing Herbs", kesan alkali pada alfalfa boleh melarutkan kristal asid urik, yang akan mengurangkan level serum asid urik. Ini akan membantu mengurangkan risiko gout, selain mengurangkan pedih ulu hati, ketidakhadaman, perut tidak enak dan membantu penghadaman secara am.


❤ Milk Booster
Alfalfa merupakan 'natural galactagogue'  atau penggalak semulajadi bagi ibu ibu yang menyusu., dimana ia mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu, jika disertakan amalan menyusu yang lain dengan betul. Bagi  ibu menyusu Alfalfa merupakan bonus kerana ia mampu  menegangkan  payudara dan merapatkan bahagian intim anda.



❤ Pembinaan darah

Selain daripada kaya dengan sumber klorofil yang membantu penghasilan sel darah merah, alfalfa juga merupakan sumber zat besi yang baik. 

Zat besi diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin (protein khas yang mengangkut oksigen dalam sel darah merah dan memberi warna merah kepada darah).

Kekurangan hemoglobin atau sel darah merah menyebabkan anemia. Pesakit anemia cepat letih, mabuk dan pening, mempunyai kulit yang pucat, dan mengurangkan suhu badan, seperti yang dipetik daripada "Human Biochemistry and Desease." 

Vitamin K dalam alfalfa membantu dalam pembekuan darah yang sangat penting bagi penyembuhan luka. Alfalfa juga merupakan makanan yang beralkali tinggi,yang memberi kelebihan pada darah yang perlu berada pada keadaan beralkali pada pH sekitar 7.35.


❤ Membantu melawan tumor
Memakan 30-60 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor 


❤ Bertindak sebagai Kacip Fatimah, Jamu Moden.
Kelebihan alfalfa ialah kerana ia boleh diambil  oleh ibu menyusu, kerana ia merupakan penggalak susu semulajadi. Ia juga bertindak seperti kacip fatimah, selain daripada merapatkan bahagian intim,  ia juga mampu mengurangkan keputihan, menegangkan payudara, mengurangkan masalah angin, dan lain lain.

PERINGATAN : Ibu hamil dan pesakit SLE atau sakit auto imun yang lain tidak dibenarkan mengambil alfalfa.

* Jika mengambil persediaan ini, anda dinasihatkan mengambil air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Status Halal Shaklee

Konsumer Muslim Malaysia kini semakin bijak dan prihatin tentang isu halal-haramnya produk Shaklee.

Kebelakangan ini timbul lagi isu Shaklee mengandungi lemak babi.  

Untuk sekali lagi menekankan Status Halal Shaklee, di bawah ini kami lampirkan sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk-produk Shaklee.

Sijil Halal Shaklee 2013


ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM.


(Saudara saudari boleh mendapatkan dan memuat turun dokumen senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di sini.)

Sila perhatikan semua produk Shaklee yang dipasarkan untuk Malaysia adalah tersenarai dalam sijil halal ini.


Produk Shaklee termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E Complex pun termasuk dalam sijil itu (sebab hanya yang sesuai dikonsumi semua khalayak konsumer Malaysia sahaja di pasarkan di Malaysia)





Kami bagi pihak Shaklee Malaysia amat memuji sikap peka dan prihatin semua pengguna Muslim di Malaysia. Kami selaku distributor tegar Shaklee akan selalu mengambil langkah memastikan produk yang dijual dan diambil sendiri benar-benar halal.

Jadi, konsumer atau pengguna Shaklee Malaysia tak perlu ragu-ragu dalam mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia sebab setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum sijil halal dikeluarkan untuk sesuatu produk.

Untuk pengetahuan am, status halal di Kanada dan USA adalah yang paling sukar untuk mendapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal ISA, kami sebagai pengguna Shaklee di Malaysia patut penuh konfiden yang produk Shaklee adalah halal. Ini adalah kerana pengeluar sijil sentiasa memantau dan ISA boleh menarik balik sijil yang dikeluarkannya itu bila-bila masa; sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Kepada yang berminat untuk mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was!

Selamat mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang lebih sihat!

Jika anda ada sebarang pertanyaan yang selanjutnya tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi contact di www.shaklee.com.my.

Sila email untuk membuat pesanan produk atau dapatkan konsultansi produk Shaklee di norapenang@gmail.com 

Untuk mendapatkan respon dengan cepat SMS atau whatsapp ke nombor : 0162144946